Wednesday, December 25, 2013

Beaufort : Of railway and ol' skul matters


         Beaufort.   Itu lah nama yang ada dalam kepala aku untuk 6 tahun yang lepas sebagai item bucket list aku selepas terbaca tentangnya di majalah Times/Life. Beautiful name. Beautiful Muse ;)  


'Tas Tangan' seberat 10 kg
berwarna pink

         Pada aku Beaufort ini sinonim dengan keretapi. Pada asalnya aku dambakan pengalaman Oriental Express tapi munkin kami tiada jodoh. Huhuu. "Aku senang banget with just a simple coach. Yang penting aku dapat intai sedikit tanah Sabah selain KK."                                                                                                                       Dan mari aku bercerita yang menyukakan hati aku aja. Aku sampai di Borneo Railway Station Tanjung Aru pada pukul 7.05 pagi. Kaunter masih gelap. Dengan semangat waja, aku pon memulakan barisan beratur. Serta merta dibelakang aku ramai yang beratur."Amboih. Kalau dak, hangpa semua duduk bersepah nooo." 
Tiket berharga 4.80 seorang. Tiada cas untuk bayi berumur 10 bulan kerana bayi dikira sebagai tas tangan munkin. Huehuehueee.


               
          Aku bersarapan di kantin awam. Punya lah teruja aku hanya menjamah kuih yang rasanya persis bahagian hijau kuih seri muka yang terlebih kapur dan disumbat didalam corong kon daun pisang keras.


        (^_^)/ 5 minit sebelom keretapi berlepas, aku sudah tercangak di muka pintu gerabak. Ramai juga pelancong tempatan. Aku bertanya arah gerak keretapi sebelum memilih kerusi yang menghadap 'hadapan'. Pening kepala kalau mengadap arah bertentangan pergerakan keretapi. Bagi yang melancong bersama keluarga dan mahu menatap muka masing-masing sepanjang perjalanan boleh lah naik gerabak awal untuk pilih kerusi kerana di tengah tengah setiap gerabak terdapat dua meja di kiri kanan; setiap meja diapit kerusi yang mengadap satu sama lain. Posisi bercinta gituuuuu ;)



Anak angkat aku dan anak dia.
Penumpang dari Tanjung Aru cuma memenuhi satu pertiga gerabak. Keretapi mula bergerak pada pukul 7.48 pagi. "Wuhoooo!! Aku naik ketapi seyhhh." Pemandangan laut cantik di sebelah kanan. Bermulalah perjalanan yang menyusuri hutan belukar, mengintai cebisan pemandangan penempatan di pekan dan beberapa buah bukit dan juga melintasi sungai. Sungai apa aku tak pasti. Sungai Padas munkin. Seingat aku cuma dua kali kami melintasi jalanraya berpagar. Dan bagi setiap stesen perhentian kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Hanya untuk beberapa stesen yang awal. Lepas itu kami berasa letih; bangun duduk, bangun duduk. *sengih*

       Sewaktu di Stesen besar Papar, aku tertunggu-tunggu penjual makanan seperti yang aku temui dalam perjalanan Haadyai-Bangkok. Sehingga papantanda Beaufort disebuah premis kerajaan kelihatan di luar, tiada seorang muncul jua. Kecewa :(






Kedai kayu yang dibina tinggi dari aras tanah






       Aku tak tahu sama ada pemerhatian aku yang ini betul atau tidak, aku dapati rumah-rumah lama dan ada juga yang baru didirikan atas tiang yang melewati paras kepala aku. Aku boleh meneka bahawa kami sudah hampir dengan Beaufort apabila melihat air bertakungan di banyak lokasi. Beaufort yang aku baca terkenal dengan banjir. Almaklumlah ia mempunyai salah satu sungai terbaik nan ganas yang sesuai untuk water rafting (bucket list 2015 ini; sekali dengan RDC Sandakan)



Amoi cantik bersanggul. Aku suka.
Kami tiba di Beaufort hampir pukul 10 pagi. Stesen yang agak kecil untuk sebuah stesen perhentian daerah. Bahagian 'lobby' menunggu pula pada pendapat aku hanya boleh memuatkan 50 orang dewasa yang sedang berdiri. Perkara pertama yang aku tanya adalah "Encik, kedai yang mana yah kalau mau cari kopi tenom?". Hahahaha. Pengaruh rakan twitter aku Si Sivan John ni. Kami beruntung kerana ada 'Tamu' berdekatan masjid; 100 meter dari stesen. Walaupun aku hanya menemui Kopi Papar, aku gembira kerana menerima kalendar zaman P Ramlee yang berpotretkan seorang amoi cantik. Aku rasa lucu kerana kalendar sebegitu masih wujud. 




Aku dan rakan hampir menjerit apabila melihat sayuran kampung yang segar-segar. Waaaahhh!!! "The next time I go there i will make sure aku sewa apartment yang punya dapur besar di KK." Pucuk manis, pucuk turi, rebung... Agagagaga @_@
(Note: Tamu Beaufort - Not to be missed, you hear me??!!)


Bagaimanapun aku terkejut sebab harga dia masih macam di semenanjung :(


Kau nampak itu 'Piasau Muda'?




                Usai menjelajah Tamu, perot mula bernyanyi lagu "Where have all the boots boys gone." Kawasan kedai yang terdekat merupakan deretan kedai kayu yang terakhir di Beaufort (Muse yang bilang). Aku terbayang Chinatown di tengah kawasan koboi. Eh. Dalam banyak-banyak kedai kami pilih House of Brunei/Satay Brunei. Pertama kali aku menjamah bakso daging yang diperah limau kasturi. Mee hoon yang digunakan merupakan jenis yang kasar. K. 
Tak sedap! :(


Sebenarnya kalau ke Beaufort, adalah terbaik jika kau mahu berperang dengan arus Sungai Padas. Perang secara 'water rafting' lah. Mujurlah apabila aku mula-mula sampai, aku sudah jatuh cinta dengan stesen minyak 'old school' dan kemudian berkenalan dengan kedai-kedai kayu 'China man'.



Pekan ini terkenal dengan UFO kau tahu? Sudah menjadi perkara biasa.  Percaya?


Banyak juga gambar yang perlu diuploadkan. Jenuh aih. Bubuh cmni je lah.

Beaufort ni pengeluar buah-buahan ke? Ini di bulatan yang besar ke arah KK.



Tataaaaaa Beaufort. Aku kembali nanti. Sg Padas tunggu aku!!!


InshaaAllah aku akan kembali lagi wahai beaUFOrt ;p


No comments:

Post a Comment