Saturday, January 18, 2014

Apa yang Betul sebenarnya?


           Semalam aku nampak RT tweet ni di timeline aku. Aku paham benar perasaan mamat ni (aku rasa lah...jer). Aku tak nampak agenda 'membahan' atau 'menganjing' oleh mamat ni. 
 (Amaran: Entri ini panjang)

          Penilaian adalah berdasarkan pemerhatian. (Aku tak mahu masuk bab bagaimana nilai dalam diri mempengaruhi penilaian seseorang. Aku percaya nilai adalah sesuatu yang berubah-ubah. Aku sendiri senantiasa berevolusi. Sewaktu kecil disogokkan dengan peluang-peluang mengikuti kelas agama di surau dan kemudian obsesi dengan pencarian Tuhan dek kerana terdapat beberapa persoalan yang tidak dijawab. Pencarian untuk menemukan itu adakalanya disapa oleh logik akal yang lebih menjurus kepada jawapan Sains. Ya, Saitonnn itu tidak pernah berasa lelah. Tapi aku letih.

(letih jugak menulis panjang dalam bahasa melayu hampir formal ni. huhuuu)

            Aku terjumpa Dia apabila aku membaca sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan haiwan di bumi. Aku tak ingat ayat itu. Sewaktu itu aku selalu mengunjungi sebuah toko buku islamik di KLCC. Bersama Che Pah sudah pasti. Tujuan aku sewaktu itu adalah mencari buku-buku untuk pengajian Sejarah dan Peradaban Islam (Yes. Masters cubaan pertama tidak habis kerana aku tak dapat bahagikan masa antara kerja dan bergegas ke uia). Aku mencari bahan-bahan tentang Gnostic yang sampai ke hari ini aku masih tidak paham ertinya.

Dalam pada masa yang sama aku ditugaskan untuk membaca buku The History of Islam. Disitu aku berjumpa dengan 'Muhammad'. Akhirnya aku memahami mengapa Rasullah S.A.W. merupakan seorang yang dikagumi. Aku berterima kasih kepada pensyarah Sains Politik yang secara tidak langsung menolong aku 'berjumpa' apa yang aku patut jumpa.

Persoalannya adalah sejauh mana penemuan itu membuatkan transformasi kepada aku.

Aku tidak perlu bercerita tentang 'patches of Dark Age' yang aku lalui. Aku juga tidak perlu menulis penilaian diri tentang apa yang patut aku buat dan apa yang menyebabkan aku tidak buat apa yang perlu. Bukan sombong. Cuma ianya tiada kaitan dengan diskusi di entri ini.

Berbalik kepada tweet tadi.

Aku nampak apa yang mamat itu cuba nyatakan. Dia kurang menyenangi update-update yang munkin pada penelitian dia ianya boleh menjuruskan kepada riak. Tidak setuju?

Manusia punya perasaan. Apatah lagi jika perasaan itu menggembirakan. Perkongsiaan kegembiraan merupakan satu cara untuk meluahkan isi hati. Bagi subjek yang di'adili' oleh mamat ini, aku yakin subjek itu hanya mahu berkongsi kegembiraan yang baru dimiliki. Aku faham. Aku juga punya perasaan itu. Beberapa kali didalam hidup aku. Tapi aku tidak 'sejujur' itu.

Aku tidak tengok pun post-post subjek tersebut. Apa yang aku tulis ini berdasarkan pemerhatian aku juga. Aku juga gembira melihat post-post rakanku yang dulunya punk lah metal lah dan sekarang berniqab. Aku juga mengikuti facebook Ain Rabiyyah - Si Niqabi yang tidak putus-putus melahirkan post yang mengajak ke arah kebaikan. (adakalanya terlalu banyak post-postnya sampai penuh timeline aku. Grrrrrr!!)

Ada juga yang mereka yang terlalu menyuakan post-post sehinggakan aku terasa seolah-olah mereka mahu menunjuk-nunjuk. Mengapa aku berkata begitu? Iya lah. Setiap post itu adakalanya sedikit keras. Munkin aku terasa hati kerana aku bukanlah seorang yang kuat untuk membuat transformasi sebegitu. Sejarah hidup juga membuat aku rasa sedikit jengkel kerana adakalanya aku tidak berupaya membezakan antara perangai mereka dengan isi dakwah yang disuakan. Tidak adil bukan? Mereka juga tidak adil...pada aku.

Apakah mereka telah membuat perkiraan tentang perasaan 'Yang Masih Belum Kuat' yang membaca post-post sebegitu? Atau munkin wujud sedikit rasa riak di hati?....lau diwujudkan post-post yang diharapkan menusuk kalbu si pembaca yang tidak setaraf dengan mereka? Apatah lagi bila si pembaca kenal benar dengan perangai yang tidak enak si penulis yang masih tidak berubah?Adakah si penulis bermain permainan psikologi? Kita tahu kan bahawa penerimaan manusia ini berbeza-beza. Hasilnya juga berbeza-beza. Jika diberitahu kepada si penulis, ada yang terus bermain 'victim card'.

Aku pohon agar biarlah setiap post itu membawa khabar gembira. Elakkan daripada membuat kenyataan yang 'condescending'.

Aku paham bahwa dakwah itu datang dalam pelbagai cara. Ada yang akan mempertahankan si penulis dengan berkata bahawa dakwah mesti dibuat sehingga ke akhir hayat. Aku menjadi sedikit keliru. Aku tidak mahu membantah huraian ayat atau hadis. Aku cuma rasa ianya adalah lebih Betul jika ianya dilakukan dengan kelembutan dan keikhlasan. Tolong jangan kehilangan mereka yang di 'atas pagar'. Aku paham betapa kecamuknya pemikiran mereka. Apatah lagi jika mereka masih muda. Seperti aku sewaktu berumur 12 tahun dahulu. Jangan. Tolong jangan :(










No comments:

Post a Comment