Thursday, January 30, 2014

Nyaaa Nyeowww dan Woof Woof (DRAFT PERTAMA)


^_^

Yeah aku sering terfikir apa nasib 'stray cats and stray dogs' sewaktu hujan lebat.
Sewaktu kecil aku selalu risau kalau-kalau kedua makhluk comel ini kesejukan di waktu hujan.
Aku terbayang mereka menangis di dalam hati seperti The Little Match Girl :'(

Buat masa ini aku tidak membela binatang peliharaan kerana aku dapati yang aku kurang kebolehan dari segi itu.. "Diri sendiri pon tidak terbela."

Aku bukanlah ahli persatuan kucing dan anjing yang terbiar. Aku tidak juga ke pasar-pasar untuk memberi makanan kepada kucing atau anjing. Ini kerana aku sering disapa oleh tidur dan juga bermain tarik tali dengan tugasan harian. Oleh itu aku bukan orang yang layak untuk membicarakan tentang hal ini bukan?

Tak dulik!!!

Ada dua perkara yang aku mahu luahkan. Ini blog aku kannn.....

Perkara Pertama.
Walaupun aku sering terkejut apabila kucing melompat ke pangkuanku sewaktu aku sedang makan dan aku sering berhenti melangkah apabila melihat anjing di tengah perjalanan aku, aku masih ada perasaan "kalaulah aku punya daya untuk memberikan perlindungan kepada mereka ini".




No comments:

Post a Comment