hehehe... alang-alang menulis dalam bahasa melayu, teringin pulak menggunakan bahasa kelate. It rhymes, why not? Huhuuu. Ok Ok ...Tajuk jek!
Kundasang has this special place in my heart. Kalaulah wujud pintu suka hati Doraemon, selain pergi kampung aku di Poworejo untuk cari gudeg, aku akan getaway ke Kundasang. For breakfast. Sinalau Bakas. Eh..bukannnnn. Gurau jek. Meow!
Berbanding kali pertama aku ke Kundasang, kali ini aku macam tak bersedia langsung. Kereta sewa pon cari last minute. Banyak juga syarikat yang aku telepon namun tiada satu pon menambat hati. Bajet youuuuuu. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kereta sewa dengan harga berpatutan. (RM150 sehari + deposit RM200)
Rezeki menyebelahi aku apabila kereta MyVi yang aku pinta diupgrade kepada Saga yang baru digunakan untuk 2 minggu. Tuah si Yeesha comel ni aku rasa.

Kami bertolak agak lambat juga iaitu pukul 8.30 pagi disebabkan kami keletihan berjalan di tengah panas terik Beaufort hari sebelumnya. (Mujuq la terlepaih ayak bah. Rezeki betul. Alhamdulillah)
Kali ini perjalanan dijayakan dengan adanya co-driver aku Che Pah, my first Muse. Kesian dia taw kerana disepanjang perjalanan, pemandangan yang dia nikmati adalah skrin smartphone yang memaparkan route gps. I lab you lah Che pah. Thanks juga kerana sabar dengan karenah kepala angin aku for the past 21 years. Si Blur dan Si Kepala Angin merupakan kombinasi terbaik kau tahuuuuu. *lariiikkkk!!!*
Entah mengapa kali ini pengalaman memandu tu kurang memberansangkan sedikit. Seperti ada yang kurang walaupun pemandangan sememangnya indah di luar sana. Munkin kerana niat asal adalah membawa Jimmy, anak angkat aku tidak kesampaian :(
Tidak banyak peluang untuk berhenti ditepi disepanjang pendakian. Prinsip aku disini adalah Nekad Adalah Perlu, Jangan Gentar. Sedang memandu aku terpandang satu spot wee wee sekumpulan penumpang van.
Apa lagi... swerve left, brake!!!! oooppsss!!!
Nahhhhh. Hasilnya.
 |
Sory muka my daughter dikelamkan. Heyyyy!! Tanggungjawab sebagai Mummy yang protective OK! |
Perjalanan diteruskan dimana adakalanya aku terpaksa bersaing dengan 4x4 yang suka bergerak secara berkumpulan, membontoti satu sama lain. 0_o
Niat dihati mahu berhenti di kawasan penjualan buah-buahan. Hujan membatalkan niat aku.
Sedikit kecewa :(
Perjalanan diteruskan lagi.
Driving. Driving. Driving lagi.
Capek loe.
Sampai juga Kinabalu Park akhirnya...
Selepas membayar tiket, kami meneruskan perjalanan. Tiada arah spesifik. Hanya mencari tempat mengambil gambar sahaja. *mati lah mengaku Vain!*
Kabus agak tebal di look out point yang ini. Bukan di lookout pointnya tapi di kawasan untuk 'look and point'nya. Huhuhuuuu
Somehow aku agak keliru dengan lawatan yang kali ini kerana banyak sudah perubahan yang berlaku. Gambaran dalam ingatan aku juga mengecewakan aku. Seingat aku, aku tidak perlu memandu begitu jauh untuk sampai ke pintu masuk pendaki gunung. Pintu yang aku lawati dulu pon tiada.
Suhu juga kurang sejuk. Adakah aku sudah berevolusi menjadi penguin?
Semasa merancang lawatan ini 4 bulan lepas, aku berharap sangat untuk mengambil gambar di pintu masuk tersebut bersama anak-anak angkat aku Myra dan Jimmy. Jimmy adalah terbaik kerana dia seorang yang tinggi 5 kaki 9 atau 10. Tak ada lah aku nampak macam R2D2 sangat. Eh... Wait!!! Hahaha
 |
Ini di Entrance Kinabalu Park.
Bukan Lookout Point yang
berkabus tadi tawww.
|
Kekecewaan yang maha besar juga berlaku apabila aku nampak macam bini Shrek di dalam setiap gambar. Uwaaaaaa!!
(by the way, i have been on diet since then. To date I have lost 3.5 kg. Perlu turunkan lagi 10kg sebelum backpacking seterusnya. Jimmy, kau jangan buat Mummy sedih lagi ok. Harap-harap di Belanda lah. Harap-harap berjumpa buskers Melayu in dreadlocks juga kalau ada. For photography purposes. Hish.. of cos not what you are thinking. Aku dah baik kowt tahun ni. Amin kan semuanya please ^_^)
Cuaca sejuk menyebabkan kami berasa lapar. *Alasansss!!!*
Kekecewaan tadi berakhir di Restoran Intan. Yayyyy!!!!
Restoran ini saranan rakan twitter aku asal Sandakan iaitu Si Perempuan Bumi, si pengembara, pemuisi, pemotret impian dan penulis yang aku minati. Kau lihatlah sendiri - Sayap Bakar! Nasik Bario nan keras! Sayurrrrrrrrr pucuk manis!! Air halia dan madu!
Maaf gambar kurang menarik. Perut dah menyanyi lagu OAG Generasiku.
"Jangan takut jatuh ke bumi. Bingkas bangun melangkah lagi."
Ingatan aku pada masa ni adalah kepada kawan aku Si Lie. Dia kata kalau makan yang menarik-menarik, ambil gambar. Maaf Lie. Aku tak berjumpa ulat Mulong di sini :(
Harga pun agak berpatutan. Serius!
Terdapat juga kedai-kedai bundle. Aku mengintai-intai juga kalau-kalau ada Volcom atau Evisu. Jeans besar label Starpress ke.
Nan hado. Alaaaa :(
Usai perot diisi, aku berpikir "Apa lagi yang menarik yah?"
Teruja juga akhirnya apabila terpandang sebuah stesen minyak ala koboi. Biarlah gambar-gambar yang tidak seberapa dibawah ini menceritakan.
 |
My daughter memberontak mahu di'potret'kan. |
 |
Jatuh cinta |
 |
Why so lonely Encik Sunflower? Kamu bosan yah? :'( |
 |
Bajet Pengembara. Wawawawa!!! |
Aku juga berpeluang melawat Muzium Memorial Perang Kundasang. Yang ini benar-benar mencabar kerana aku menggalas tanggungjawab memikul yeesha yang seberat 10kg MENAIKI BUKIT. Mujur aku biasa angkat pemberat 8kg. (Eh...silap. Dumbell aku 3kg+3kg saja rupanya. tapi aku ada la angkat 8kg di gym)
Not to be missed. Cantik cantik juga scenery dia. Ada memorial. Ada air pancut didalam kolam panjang ala Greek. Bunga-bunga dan pokok adalah sangat Taman British. Indah. Seungguh Indah. Tuhan sayang aku ni sebab tu Dia kasi aku peluang ini.
Terdapat juga satu verandah ala Greek yang kau boleh lihat kawasan gunung sebagai latarbelakang. Sungguh berharga kerana gambar kau nanti dihiasi latarbelakang rumah-rumah kampung dan kebun sayur di kawasan pergunungan sejuk yang sungguh menenangkan.
Aku malas nak upload sebab proses edit menggunakan dua aplikasi dan kemudian perlu diwatermarkkan dan diupload guna telepon dan diedit di laptop lagi sekali. Gila kau!!!! Aku sedang selesema ni.
(
Lie, nanti aku sihat sikit aku upload ok) Atas sebab-sebab privacy gambar lain tidak perlu diuploadkan :)
Akhir sekali, aku berharap untuk datang lagi di masa hadapan. Kali ini 'bersiaran' dari Gunung Kinabalu...mungkin. Huhuuuu ^_^
(Nota : Aku juga bercita-cita ke Meliau Basin bersama Che Pah dan Perempuan Bumi. Agak mahal kerana perlu menyewa 4X4)
"Jangan gentar mengejar mimpi. Yakin berani percaya diri.
Dan mula dengan hello. O o ...." Kau hancurkan diriku...
Bila kau tinggalkan aku...
Kau Dewiku...
Kembalilah padaku
Bawa separuh nafasku
Kau Dewiku...
Kau hancurkan diriku...
Bila kau tinggalkan aku...
Kau Dewiku...
Kembalilah padaku
Bawa separuh nafasku
Kau Dewiku...